Adobe Acrobat Sign
Cipta borang web dalam talian dengan mudah menggunakan pembina borang Adobe.
Tukar PDF dan dokumen kepada borang digital untuk pelbagai tujuan perniagaan dan siarkan borang dalam talian supaya dapat dicapai oleh orang yang memerlukannya.
![](/content/dam/dx-dc/us/en/sign/features/web-forms/2_Device_WebToWork_Desktop.png.img.png)
Gunakan laman web anda untuk kerja.
Siarkan borang digital di laman web anda dan berikan pelanggan pengalaman interaktif yang membolehkan mereka mengisi dan mengembalikan borang dengan mudah terus daripada peranti mereka, di mana-mana sahaja mereka berada. Tiada muat turun, tiada pencetakan, tiada penantian.
![](/content/dam/dx-dc/us/en/sign/features/web-forms/2_Device_RealTime_Desktop.png.img.png)
Dapatkan cerapan dan data masa sebenar.
Anda tidak perlu lagi mencari dalam kotak masuk anda untuk penyerahan borang yang diimbas atau untuk menjejaki orang yang menandatangani borang dan masanya. Dengan Acrobat Sign dan borang web, anda mendapat keterlihatan penuh dan masa nyata untuk status setiap borang.
Mengapa menggunakan borang web?
Dengan ciri pembina borang dalam Acrobat Sign, mudah untuk mencipta, menerbitkan dan menjejaki borang digital yang penting untuk perniagaan anda. Tiada lagi pemprosesan manual borang kertas atau penghantaran salinan fizikal untuk tandatangan. Pilihlah digital dan percepatkan perniagaan anda setiap hari.
Cipta.
Dengan pembina borang dalam talian, anda boleh mencipta borang perniagaan digital dengan medan borang yang orang boleh isi dan tandatangan daripada mana-mana peranti. Atau, gunakan templat prabina kami untuk pelbagai keperluan perniagaan.
Terbitkan.
Selepas menukarkan PDF atau borang berasaskan dokumen anda dengan mudah menjadi borang digital, siarkannya dalam talian untuk mengumpulkan data dan tandatangan dengan lebih mudah daripada pelanggan dan pekerja.
Uruskan.
Jejaki status setiap e-tandatangan yang anda kumpulkan. Anda boleh mendapat pemberitahuan e-mel masa sebenar, menghantar peringatan, mengubah suai dan membatalkan permintaan dan melihat jejak audit terperinci untuk setiap transaksi.
Semua orang dalam syarikat boleh menggunakan dan mendapat manfaat daripada borang web.
Jualan
Sesuaikan dan kongsikan borang permohonan digital, borang keahlian, borang pesanan jualan dan banyak lagi.
Sumber Manusia
Beri pekerja dan pengambilan baharu setiap borang yang mereka perlukan tanpa mencetak walaupun satu halaman.
Sah di sisi-undang-undang
Penepian aktiviti. Pelepasan liabiliti. NDA. Sesuaikan dan urus jenis borang ini dengan mudah dalam talian.
Pemasaran
Hasilkan tanggapan yang bagus dengan pendaftaran acara dalam talian, borang pelepasan foto, borang langganan dan banyak lagi.
![Cipta borang web.](/content/dam/dx-dc/images/sign/features/web-forms/5_Image_WebFormHowTo_1%402x.jpg.img.jpg)
1. Cipta borang web.
Klik pada “Terbitkan borang web.”
![Cipta borang web.](/content/dam/dx-dc/images/sign/features/web-forms/5_Image_WebFormHowTo_2%402x.jpg.img.jpg)
2. Masukkan nama borang web.
Borang web tidak boleh diedit selepas dinamakan, jadi pastikan dinamakan dengan betul.
![Konfigurasikan borang web anda.](/content/dam/dx-dc/images/sign/features/web-forms/5_Image_WebFormHowTo_3%402x.jpg.img.jpg)
3. Konfigurasikan borang web.
Pilih peranan penonton pada web (penandatangan, pelulus, penerima, pengisi borang). Kemudian pilih jenis pengenalpastian penerima dan tambahkan penandatangan balas (pilihan).
![Pilih fail yang ingin anda gunakan untuk borang web.](/content/dam/dx-dc/images/sign/features/web-forms/5_Image_WebFormHowTo_4%402x.jpg.img.jpg)
4. Pilih fail yang ingin anda gunakan untuk borang web.
Hanya seret dan lepaskan dokumen dalam bahagian “Fail”, atau klik “Tambah Fail” dan pilih fail daripada komputer anda.
![Simpan fail.](/content/dam/dx-dc/images/sign/features/web-forms/5_Image_WebFormHowTo_5%402x.jpg.img.jpg)
5. Simpan.
: Klik “Simpan” di sudut kanan bawah. Di sini anda boleh mendapatkan URL kepada borang untuk penbenaman.
![Terbitkan borang pada laman web anda.](/content/dam/dx-dc/images/sign/features/web-forms/5_Image_WebFormHowTo_6%402x.jpg.img.jpg)
6. Terbitkan borang anda dalam talian.
Salin kod semat yang diberikan dan letakkan dalam halaman pada laman web anda, atau gunakan URL selamat khusus untuk dikongsikan.
- Cipta borang web.
- Masukkan nama borang web.
- Konfigurasikan borang web.
- Pilih fail yang ingin anda gunakan untuk borang web.
- Simpan.
- Terbitkan borang anda dalam talian.
Ingin mengetahui lebih lanjut?
Cubalah Acrobat Sign Solutions dan lihat cara aplikasi tersebut dapat membantu perniagaan anda. Jika anda mempunyai soalan atau menginginkan sebut harga yang disesuaikan untuk situasi unik anda, kami sentiasa bersedia untuk membantu.