.

Dipercayai oleh jenama terkemuka di dunia.

Terokai perbezaan Firefly.

Sebagai peneraju teknologi kreatif, Adobe semestinya merupakan rakan kongsi yang boleh anda percayai untuk membantu anda mempercepat penjanaan idea dan menskalakan pengeluaran kandungan merentasi perusahaan anda dengan menggunakan AI generatif. Lihat kelebihan apabila menyepadukan Firefly ke dalam aliran kerja kandungan anda. Ketahui lebih lanjut tentang Firefly untuk perusahaan.

Ikon hitam putih yang menunjukkan simbol berbentuk bintang yang digunakan oleh Adobe untuk menandakan keupayaan AI.

Kedalaman dan keluasan keupayaan model AI berkualiti tinggi

Ikon hitam putih yang menunjukkan anak panah bergerak dari satu titik ke titik yang lain.

Disepadukan ke dalam aliran kerja kandungan anda

Ikon hitam putih yang menunjukkan tanda semak dibulatkan.

Dibangunkan secara bertanggungjawab dan selamat untuk kegunaan komersial

Ikon hitam putih yang menunjukkan petua alat produk.

Boleh disesuaikan supaya bersesuaian dengan jenama anda

Tangkapan gambar produk beg tangan kuning dengan latar belakang tumbuhan, bunga dan asap merah jambu. Di tepi gambar ini, terdapat tiga variasi imej dengan skema warna yang berbeza, dengan tudingan kursor yang sedang memilih tangkapan gambar terbaik.

AI generatif terbenam dalam alat utama dan aliran kerja.

Tingkatkan kapasiti kreatif anda dengan menggunakan AI generatif Firefly untuk menghasilkan imej yang cantik. Dengan Teks kepada Video, cipta klip video yang menakjubkan daripada teks ringkas atau gesaan imej.

API yang memudahkan penskalaan dan mengautomasikan pengeluaran.

Gantikan tugasan manual dan berulang-ulang untuk mencipta ratusan variasi aset dengan lebih pantas berbanding sebelum ini. Automasikan, peribadikan dan setempatkan variasi pada skala dengan menggunakan Perkhidmatan Firefly termasuk API untuk Firefly dan Creative Cloud.

Kolaj imej jenama minuman tenaga dalam saiz yang berbeza dan dengan variasi warna serta bilangan syot produk, berserta elemen antara muka pengguna yang menyatakan “Ubah saiz.”
Imej jenama tin soda berwarna jingga dengan latar belakang, tumbuhan hijau, buah oren dan gunung bersalji dengan ungkapan “Hebat dalam semua musim.” Di sebelah imej tersebut ialah imej yang lebih kecil yang menunjukkan latar belakang lut sinar, fon dan reja warna jingga.

Model Tersuai dan Kit Gaya bagi memastikan segala-galanya menepati jenama.

Jana imej yang menepati jenama dengan melatih model Firefly tersuai dengan gaya dan subjek anda sendiri. Kekalkan keselarasan dan penciptaan kandungan berskala yang meliputi seluruh pasukan dengan membina, menyimpan dan berkongsi gaya, kempen, gesaan teks dan banyak lagi dengan Kit Gaya.

Ketahui lebih lanjut Tentang Model Tersuai.

Direka bentuk secara bertanggungjawab dan selamat untuk kegunaan komersial.

Cipta dengan yakin apabila anda tahu bahawa model AI generatif Firefly kami telah dilatih mengenai kandungan berlesen, seperti Adobe Stock dan kandungan domain awam yang hak cipta telah tamat tempoh. Kami tidak akan melatih model Firefly asas kami dengan data latihan Model Tersuai anda. Pelanggan pada pelan yang layak boleh mendapat ganti rugi IP untuk imej yang dijana (terma diterima pakai).

Contoh modal tersuai bagi modal ai generatif Firefly yang menunjukkan medan gesaan teks kepada imej dan memaparkan pelbagai contoh imej, rumah menghadap tasik, anjing dengan baju sejuk merah, unikorn di dalam hutan, rumah orang jepun di dalam hutan, rumah moden.

Lihat aksinya.

Perkhidmatan Firefly
Model Tersuai

Pandangan juruanalisis.

“Kami tidak perlu melaburkan masa yang lama untuk mencuba sebelum akhirnya menemui penyelesaian…. Hakikat bahawa banyak alat Adobe tersedia secara am amat membantu perusahaan yang teragak-agak untuk menggunakan alat pengalaman digital yang baharu disebabkan mereka bimbang alat tersebut tidak tersedia dari segi keselamatan atau privasi.”

Liz Miller, Mac 2024, Constellation Research

“Adobe sangat berjaya setakat ini. Perisian ini menggambarkan visi untuk masa depan dengan yakin dengan melalui pembangunan perkhidmatan yang berdaya maju dari segi komersial untuk AI generatif.”

Jay Pattisall, Mac 2024, Forrester Research

“Sempena sambutan ulang tahun Firefly Adobe yang pertama pada 21 Mac ini tanpa mengalami apa-apa isu yang besar dalam penjanaan imej yang tidak sesuai, berat sebelah atau mengelirukan, produk ini menunjukkan nilai kerja keras yang terlibat dalam usaha menilai dan melatih imej boleh membantu untuk menyampaikan produk yang boleh dipercayai untuk digunakan dalam situasi komersial, termasuk aliran kerja pemasaran dan e-dagang. Selanjutnya, dengan menggabungkan teknologi Firefly merentas portfolio produk, Adobe menjadi tunjang kukuh di sebalik teknologi sebagai perkhidmatan gred perusahaan yang dipercayai.”

Ensuring Generative AI-Driven Image Generation Is Enterprise-Grade — Keith Kirkpatrick, Futurum (Februari 2024)

Mari kita bincangkan tentang cara anda boleh mengubah penciptaan kandungan dengan Adobe.

Minta maklumat lanjut

Soalan? Kami ada jawapan.