https://main--cc--adobecom.hlx.page/cc-shared/fragments/merch/products/substance3d/sticky-banner/default

Bagaimanakah pereka hias dalaman menggunakan perisian reka bentuk dalaman 3D?

Secara keseluruhannya, perisian reka bentuk dalaman 3D ialah alat berkuasa yang meningkatkan keberkesanan proses reka bentuk, membantu pereka hias dalaman mencipta ruang yang menarik dan berfungsi secara visual disamping meningkatkan kerjasama dan juga komunikasi dengan klien. Berikut ialah empat cara anda boleh menggunakan reka bentuk dalaman 3D dalam projek anda yang seterusnya.

1. Reka bentuk rumah 3D (pementasan maya 3D).

Pemilik rumah, arkitek dan pereka hias dalaman boleh menggambarkan ruang sebelum pembinaan selesai menggunakan perisian 3D. Dengan bantuan enjin seperti Unreal, mengenal pasti bilik atau keseluruhan bangunan dengan cepat boleh dilakukan, kemudian pengemasan gabung dibuat pada bahagian tersebut dengan menggunakan model, bahan dan lampu pada adegan. Dengan bantuan Substance 3D, usaha menambah perabot dan alatan serta bahan menjadi kurang sukar.

2. Lintas semak persekitaran maya animasi 3D.

Sebaik sahaja model 3D bilik atau bangunan selesai, anda boleh membenarkan penonton melakukan lintas semak maya persekitaran tersebut. Biasanya, hal ini dilakukan dengan menggunakan teknik pengemasan gabung masa nyata, dan dipermudah melalui enjin seperti Unreal dan Unity, bahkan boleh dilengkapkan menggunakan alat sumber terbuka seperti Blender. Terdapat banyak manfaat lintas semak maya. Klien dan pihak berkepentingan suka sekiranya mereka dapat melihat gambaran rupa ruang pada masa depan secara terperinci.

3. Pelan lantai 3D.

Satu lagi representasi visual yang berguna bagi ruang dalaman ialah pelan lantai 3D. Tidak seperti pelan lantai 2D tradisional, yang rata dan tidak memberikan pengalaman kedalaman, 3D menambah butiran tambahan dan perspektif yang tidak dapat dilihat dalam 2D. Realisme tambahan ini membantu kreativiti, kerjasama dan dalam memperoleh kelulusan projek. Alat ini juga sangat baik dalam bidang pemasaran hartanah.

4. Berkomunikasi dengan klien.

Tanpa mengira projek dalaman yang sedang anda usahakan, menyediakan beberapa bentuk visual 3D lebih awal ialah cara yang bagus untuk mendapatkan maklum balas daripada klien, serta mendapatkan kelulusan akhir untuk bermula. Oleh sebab kemungkinan realisme dan butiran melalui pengvisualan 3D, anda dan klien anda boleh bekerja dengan yakin tentang hasil sebarang projek. Kunci kepada reka bentuk dalaman dan pengemasan gabung 3D ialah realisme dan keupayaan untuk menghayati yang amat dihargai oleh klien anda.
Desk, notebook, and pen 3D interior design rendering.
Imej oleh Louse Melin.

Bagaimanakah anda mencipta kemas gabung reka bentuk dalaman 3D?

Mari kita bincangkan tentang cara mencipta pengemasan gabung 3D pertama anda untuk reka bentuk dalaman. 3D boleh jadi sesuatu yang menakutkan untuk pemula, tetapi Substance 3D menawarkan banyak alat yang boleh membantu anda memudahkan tugas.

Langkah 1: Lakarkan idea reka bentuk anda.

Sebaik sahaja anda tahu perkara yang ingin anda cipta, anda boleh membuat lakaran dengan baik. Apabila anda menghimpunkan bilik atau struktur dalam perisian 3D, anda perlu mengetahui ukuran ciri penting dalam bilik seperti ketinggian dan lebar dinding, supaya anda boleh membina dalam 3D mengikut skala. Proses ini menjadi mudah jika anda sudah mempunyai lukisan cetak biru 2D yang tersedia.

Langkah 2: Mulakan pemodelan 3D.

Sekarang setelah anda tahu perkara yang anda perlukan untuk membuat model, tiba masanya untuk mengenal pasti bilik atau bangunan menggunakan skala yang betul. Perisian pemodelan 3D yang paling biasa menjadikan proses ini lebih mudah daripada yang anda fikirkan. Untuk mengenal pasti bilik anda, tambahkan bentuk primitif ke dalam persekitaran itu seperti satah. Gunakan ciri lekat dalam perisian pilihan anda jika ada, untuk membolehkan satah bergabung dengan sempurna. Apabila menggunakan kaedah ini, perlu diingat bahawa kebanyakan model 3D hanya boleh dilihat dari satu sisi secara lalai.

Langkah 3: Tambahkan butiran.

Setelah anda mengumpul bilik, tiba masanya untuk menambahkan bahan dan lampu. Ini salah satu bahagian proses yang paling menyeronokkan dan mencabar. Bahan ialah tekstur yang dicipta lebih awal dan boleh digunakan pada mana-mana objek 3D yang anda inginkan. Apabila anda menggunakan bahan itu, bentuk asas anda akan kelihatan seperti ruang ini akan kelihatan dalam dunia sebenar. Substance 3D menawarkan beberapa penyelesaian untuk membantu anda mencipta dan menggunakan bahan yang cantik pada model anda.

  • Substance 3D Sampler: App ini membolehkan anda menggunakan fotogrametri untuk mencipta bahan terperinci. Dengan menggunakan gambar, anda boleh menjana bahan yang sebati secara automatik.
  • Substance 3D Painter: Painter ialah peneraju industri dalam lukisan tekstur 3D. Anda boleh membuka model 3D anda terus dalam Painter, kemudian gunakan berus parametrik dan bahan pintar untuk mencipta tekstur yang tepat pada permukaan model anda.

Langkah 4: Pentaskan reka bentuk dalaman dengan bantuan daripada pustaka Aset Substance 3D.

Reka hias dalaman tidak akan sempurna tanpa mempamerkan perabot, seni dinding dan hiasan, serta banyak lagi. Walaupun mengendalikan hal ini mungkin pada mulanya menakutkan, terdapat banyak sumber untuk membantu anda bermula. Sebagai sebahagian daripada Substance 3D, pengguna mendapat akses kepada koleksi aset yang besar dalam pustaka aset Substance 3D, termasuk model 3D yang direka bentuk secara profesional dan sedia untuk diberikan tekstur dan diletakkan dalam ruang anda.

Langkah 5: Kemas gabung ruang reka hias dalaman 3D anda.

Sebaik sahaja anda telah menyelesaikan reka bentuk anda, peringkat akhir ialah pengemasan gabung. Dalam 3D, pengemasan gabung ialah cara anda mencipta imej akhir atau animasi adegan anda. Jika anda ingin mengetahui cara menyediakan lampu dan kamera untuk mengemas gabung dalam Substance 3D Stager, kami akan mengajar anda semua asas dalam video ini.
https://main--cc--adobecom.hlx.page/cc-shared/fragments/products/substance3d/discover/3d-interior-design-software/interior-design#video-tools1 | ImageLink | :play:

Apakah 4 jenis pengemasan gabung seni bina?

Pengemasan gabung seni bina ialah satu proses mencipta representasi visual reka bentuk seni bina. Terdapat beberapa jenis pengemasan gabung seni bina, masing-masing mempunyai tujuan yang berbeza dan menawarkan gaya visual yang unik:

1. Pengemasan gabung fotorealistik bertujuan untuk mencipta imej yang hampir menyerupai foto sebenar.

2. Pengemasan Gabung Konsep atau Lakaran memberikan tumpuan pada penyampaian idea dan konsep reka bentuk awal. Pengemasan gabung ini mempunyai penampilan yang lebih artistik dan seperti lakaran, menekankan intipati reka bentuk dan sebaliknya bukan butiran yang rumit.

3. Pengemasan gabung artistik atau pengemasan gabung cat air meniru teknik lukisan tradisional, biasanya menggunakan warna lembut dan pergerakan berus ringan untuk mencipta rupa seperti dilukis tangan dan artistik. Jenis pengemasan gabung ini digunakan untuk membangkitkan gaya, mood dan suasana.

4. Pengemasan gabung realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) membolehkan pengguna menyelami diri mereka dalam persekitaran maya atau tambahan. Kemas gabung VR mencipta pengalaman 3D yang imersif sepenuhnya.

Apakah faedah perisian reka bentuk dalaman 3D?

Perisian reka bentuk dalaman 3D menawarkan pelbagai faedah untuk pereka bentuk dan juga klien. Mencapai kejayaan dalam sebarang jenis reka bentuk 3D biasanya terikat dengan pengetahuan anda dan keupayaan khusus perisian pilihan anda. Terdapat banyak pertimbangan yang perlu dibuat semasa memilih perisian, termasuk ciri khusus, kemesraan pengguna, keserasian, kualiti pengemasan gabung, sumber pustaka dan harga.

Beberapa perisian reka bentuk dalaman 3D yang popular termasuk:

Autodesk 3ds Max: Digunakan dalam industri seni bina dan reka bentuk secara meluas, 3ds Max menawarkan keupayaan pemodelan 3D, pengemasan gabung dan animasi yang berkuasa. Perisian ini dikenali sebagai perisian yang fleksibel dan versatil.

SketchUp: SketchUp adalah mesra pengguna dan terkenal dengan sifat mudah digunakan. Perisian ini popular kerana pembinaan konsep dan pemodelan 3D yang cepat.

Blender: Blender ialah perisian 3D sumber terbuka percuma yang berkuasa dan versatil. Walaupun perisian ini mempunyai lengkung pembelajaran yang curam, Blender menawarkan pelbagai keupayaan untuk pemodelan, pengemasan gabung dan animasi.

Sweet Home 3D: Ini satu lagi perisian sumber terbuka percuma yang dibuat khusus untuk pereka hias dalaman. Perisian ini mempunyai antara muka mesra pengguna yang memberikan tumpuan pada reka bentuk dan hiasan dalaman rumah, menjadikan Sweet Home 3D pilihan yang baik untuk pemula.

Cipta model reka bentuk dalaman 3D yang realistik dengan Adobe.

Jika anda sedang mencari penyelesaian yang berkuasa namun mampu milik untuk reka bentuk dalaman 3D, Adobe Substance 3D menawarkan semua yang anda perlukan untuk membuat model, tekstur dan mengemas gabung adegan yang realistik dengan sokongan tambahan pustaka aset yang luas dan penuh dengan model, bahan, dan cahaya yang akan memberikan projek anda penampilan profesional yang kemas yang anda dan klien anda harapkan.

https://main--cc--adobecom.hlx.page/cc-shared/fragments/products/substance3d/bottom-blade-cta-s3d-collection