Kurangkan masa penyiapan video sebanyak 31% dan tingkatkan kepuasan pelanggan sebanyak 36% menggunakan alat kolaborasi video Frame.io. Kini alat ini terbina dalam Premiere Pro dan After Effects.
(Sumber: IDC 2020)
Dapatkan maklum balas daripada pengulas pada garis masa anda. Kongsi rakaman, aset dan visi kreatif anda dengan alatan kolaboratif dalam app pengeditan video terkemuka industri.
Fleksibel, pantas dan intuitif, Frame.io memperkemas aliran kerja kreatif hujung ke hujung dengan muat naik sepantas kilat, komen terpusat, pemindahan terus Kamera ke Awan dan penyepaduan dengan Premiere Pro. Kolaborasi jarak jauh tidak pernah semudah ini.
Kolaborasi dengan editor lain dalam garis masa yang dikongsi dari mana-mana sahaja, simpan dan kongsi kemas kini pada awan dan kunci urutan untuk mengelakkan konflik semasa mengedit.
Bekerja dengan logo, grafik, warna dan banyak lagi dengan pustaka Creative Cloud yang boleh dicari dan mudah dikongsi serta diakses merentas app Creative Cloud.
Cari alatan yang sesuai untuk projek anda, pasukan anda dan visi anda. Sambung ke ekosistem dengan lebih 400 rakan kongsi video Adobe supaya pasukan anda boleh mengakses alat yang sesuai mengikut keperluan khusus mereka.
----
Based on your location, we think you may prefer the United States website, where you'll get regional content, offerings, and pricing.