Fail mestilah dalam format JPEG, JPG atau PNG dengan saiz sehingga 40MB
https://main--cc--adobecom.aem.page/cc-shared/assets/img/upload-white.svg Muat naik foto anda
Dengan memuat naik imej atau video, anda bersetuju dengan
Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi Adobe
Fail mestilah dalam format JPEG, JPG atau PNG dengan saiz sehingga 40MB
https://main--cc--adobecom.aem.page/cc-shared/assets/img/upload-white.svg Muat naik foto anda
Dengan memuat naik imej atau video, anda bersetuju dengan
Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi Adobe
untuk mencuba hari ini
Fail mestilah dalam format JPEG, JPG atau PNG dengan saiz sehingga 40MB
https://main--cc--adobecom.aem.page/cc-shared/assets/img/upload-white.svg Muat naik foto anda
Dengan memuat naik imej atau video, anda bersetuju dengan
Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi Adobe
- Saiz fail melebihi 40MB
- Tidak dapat memproses permintaan ini
- Kami tidak dapat memproses jenis fail ini. Sila cuba lagi.
- Hanya satu fail boleh dimuat naik pada satu masa.
- Imej melebihi dimensi maksimum (8,000 x 8,000 piksel). Sila ubah saiz dan cuba lagi.
- promoid=KLZPTZV5&mv=other
Bermula dengan asas Photoshop.
Mulakan projek pertama anda.
Selepas anda memuat turun dan membuka aplikasi, cipta fail baharu dalam format Dokumen Photoshop (PSD). Sebagai format fail natif untuk Photoshop, fail PSD boleh menyimpan sejumlah besar data, termasuk imej yang berkualiti tinggi.
Mulakan dari awal atau dengan templat.
Anda boleh mula menghasilkan risalah, poskad dan poster dengan menggunakan templat Photoshop atau anda boleh bermula dengan dokumen yang merupakan milik anda sepenuhnya.
Pilih saiz dokumen.
Untuk mencipta dokumen baharu, klik butang Fail Baharu berwarna biru. Kemudian, pilih saiz kanvas dan resolusi yang sesuai dengan projek anda. Sebagai contoh, poskad biasanya berukuran 4 x 6 inci.
Pilih resolusi anda.
Pilih 300 piksel per inci (ppi) untuk memastikan anda tidak kehilangan sebarang perincian jika dicetak.
Ketahui cara menggunakan lapisan.
Lapisan berperanan seperti helaian jernih yang boleh anda letakkan di atas lapisan latar belakang atau imej. Penggunaan lapisan membolehkan anda menambahkan dan menyesuaikan elemen yang berbeza seperti bahagian foto atau teks. Jika lapisan anda lut sinar atau separa lut sinar, anda boleh melihat lapisan-lapisan bawah melalui lapisan tersebut.
Anda boleh menambahkan imej, tekstur, warna dan teks pada satu lapisan tanpa menjejaskan kandungan pada lapisan bawah, jadi sekiranya anda tidak berpuas hati, anda boleh membuat asal atau melaraskan sebarang perubahan yang telah dibuat. Cipta lapisan baharu dari awal atau cipta satu lapisan daripada imej yang sedia ada.
Cipta lapisan baharu dari awal.
Cipta lapisan daripada fail yang sedia ada.
Tambahkan karya seni atau imej kepada projek anda sebagai lapisan baharu.
- Import fail.
Andai kata anda sedang mencipta poskad daripada foto pantai yang terbaik yang telah anda ambil. Untuk menambahkan foto itu, seret dan lepaskan fail foto JPEG atau PNG daripada desktop anda ke dalam projek Photoshop anda. Fail foto itu akan menjadi lapisan baharu di atas lapisan latar belakang. - Ubah kedudukan dan saiz.
Klik dan seret sudut atau tepi foto anda untuk dibesarkan atau dikecilkan. (Pastikan kotak Tunjukkan Kawalan Transformasi ditandakan dalam bar pilihan pada bahagian atas Photoshop.) Gunakan alat Alih untuk mengubah kedudukan foto anda supaya sesuai dengan susun atur anda. - Tekan Enter atau Return.
Photoshop akan menukarkan lapisan tersebut menjadi lapisan Objek Pintar secara automatik. Ini merupakan objek yang boleh anda ubah mengikut kemahuan anda tanpa mengurangkan resolusi.
Laraskan bahagian imej anda yang tertentu dengan topeng lapisan.
Cara menambahkan topeng kepada lapisan.
Andai kata anda ingin menambahkan seseorang yang tiada dalam foto kepada foto poskad pantai anda. Penambahan ini boleh dilakukan dalam ruang kerja Pilih dan Topeng.
- Sediakan foto.
Seret dan lepaskan foto orang (atau haiwan peliharaan) yang ingin anda tambahkan. Susun subjek anda dalam satu lapisan di atas latar belakang foto anda. - Buat pemilihan anda.
Klik lapisan yang mengandungi subjek anda — lapisan yang ingin anda topengkan — dalam panel Lapisan. Dalam menu atas, klik Pilih › Pilih dan Topeng - Pilih subjek anda.
Klik Pilih Subjek dalam bar pilihan. Photoshop akan memilih subjek yang paling menonjol dalam imej secara automatik. Perhatikan bahawa imej kecil topeng lapisan akan muncul di sebelah imej kecil imej dalam panel Lapisan. Pemilihan akan muncul berwarna putih pada latar belakang berwarna hitam. Bahagian putih ialah bahagian yang akan didedahkan manakala yang selebihnya akan disembunyikan. - Perhalusi pemilihan anda.
Gunakan butang Tambah atau Tolak untuk menambahkan atau mengeluarkan piksel daripada pemilihan anda. Anda juga boleh mengklik Perhalusi Rambut dan Photoshop akan mencari dan memperhalus pemilihan rambut yang sukar secara automatik. Anda juga boleh mencuba alat Berus Perhalus Tepi, alat Lasso, atau alat Pemilihan Pantas pada bahagian kiri sebelah atas bar alat untuk memperhalus dengan kawalan yang lebih baik.
Alih keluar objek atau bintik daripada imej.
Cara membersihkan imej anda.
Ikut langkah ini untuk mengalih keluar perkara yang tidak diingini.
- Pilih lapisan.
Dalam panel Lapisan, pilih lapisan yang mengandungi bintik atau objek yang ingin anda alih keluar. - Pilih alat Berus Pemulihan Bintik.
Klik alat Berus Pemulihan Bintik dalam panel Alat atau tekan kekunci J. Dalam bar pilihan, anda boleh melaraskan saiz dan kekerasan tepi berus (tetapan yang lebih keras akan menghasilkan tepi yang lebih jelas). Kekalkan tetapan jenis pada Kesedaran Kandungan, yang bermaksud alat akan mengambil sampel piksel dan memadankan tekstur, pencahayaan, kelutsinaran, dan pelorekan piksel sampel dengan piksel yang sedang dipulihkan. - Klik atau seret.
Klik pada bintik atau seret berus pada atas objek yang ingin anda alih keluar.
Tulis di atas lapisan anda.
Tambahkan teks dalam pelbagai gaya.
Sisipkan dan ubah saiz teks. Pilih fon daripada ribuan fon percuma yang disertakan dengan langganan Adobe Creative Cloud.
Alihkan, ledingkan dan bentukkan perkataan anda.
Selepas menambahkan teks pada imej, laraskan warna, kedudukan, dan rupa teks tersebut — mungkin lenturkan sedikit huruf dengan alat Meleding.
Cara menambahkan teks.
Tulis apa-apa sahaja yang anda mahu, kemudian cuba pelbagai fon dan gaya.
- Pilih Alat Taip.
Klik alat dalam bar alat atau tekan kekunci T. - Pilih tempat anda.
Klik tempat yang anda mahu letakkan teks yang ditaipkan pada imej anda. Dalam bar pilihan pada bahagian atas Photoshop, anda boleh memilih sama ada anda mahu taip mendatar atau menegak, serta fon, saiz, warna, penjajaran, dan sebarang kesan leding yang ingin anda tambahkan. - Taip.
Tambahkan teks anda sendiri untuk menggantikan teks sampel "Lorem ipsum", dan edit. - Edit.
Serlahkan teks untuk membuat perubahan gaya. Gunakan alat Alih untuk mengalihkan teks ke tempat yang anda inginkan secara tepat.
Lukis pada lapisan anda.
Tambahkan bentuk kepada reka bentuk anda.
Gunakan alat Segi Empat Tepat dan Elips untuk melukis bentuk tersebut atau gunakan alat Pen untuk mencipta bentuk yang lebih kompleks dengan titik penambat dan pemegang.
Pilih daripada ribuan berus.
Cat atau lukis apa-apa sahaja yang anda mahu pada imej anda. Pilih berus praset, hujung berus dan bentuk atau cipta hujung berus yang unik daripada sebahagian imej.
Cara mengecat dalam Photoshop.
Sama ada anda ingin menambahkan bentuk atau melukis secara bebas dengan alat Berus, langkah yang diperlukan pada asasnya adalah sama.
- Pilih alat daripada bar alat.
Klik alat dalam bar alat (atau tekan kekunci B untuk Berus atau kekunci M untuk alat Marki Segi Empat Tepat). - Sesuaikan alat dalam bar pilihan.
Pilih saiz berus anda dan kelajuan aliran cat yang anda mahukan, atau warna yang akan mengisi segi empat tepat atau elips anda. - Tinggalkan kesan anda.
Cat, lukis, atau bermain-main dengan bentuk. Cuba tetapan yang berbeza untuk melihat rupa yang dihasilkan.
Simpan fail anda.
Buat perubahan besar dalam sekelip mata dengan Penapis Neural.
Penapis Neural ialah penapis pintar yang menggunakan kuasa teknologi AI Adobe Sensei untuk membuat pengeditan imej secara automatik dan pantas. Kini, anda boleh melakukan pengeditan yang pereka bentuk grafik profesional biasanya memerlukan masa berjam-jam, dalam masa beberapa saat sahaja.
Untuk memilih penapis, klik Pilih Penapis › Penapis Neural daripada menu atas dalam Photoshop. Muat turun penapis pilihan anda jika belum dipasang, kemudian laraskan tetapan mengikut keperluan anda. Berikut ialah beberapa penapis yang tersedia.
Warnakan foto hitam putih.
Tukarkan imej hitam putih kepada warna penuh dengan beberapa klik dengan menggunakan penapis Warnakan. Pilih warna yang diinginkan dan perhalusi ketepuan warna dengan titik fokus.
Zum masuk sambil mengekalkan ketajaman.
Dengan Zum Super, anda boleh mendekatkan dan memperibadikan imej tanpa hilang perincian. Tingkatkan ciri wajah dan betulkan kekaburan supaya imej jarak dekat anda kekal jelas.
Licinkan kulit.
Alih keluar cela, tatu, parut dan banyak lagi dengan penapis Pelicinan Kulit. Semasa anda mengemaskan foto, gunakan gelangsar Kelicinan dan Kabur untuk mendapatkan hasil yang paling sesuai.
Bersihkan foto anda.
Jika anda telah menukarkan JPEG kepada PSD, anda mungkin melihat kawasan kabur atau berpiksel. Anda boleh mengalih keluar artifak pemampatan ini dengan menggunakan penapis Pengalihan Keluar Artifak JPEG. Perhalusi tahap kabur sama ada tinggi, sederhana atau rendah.
Cuba tutorial Photoshop langkah demi langkah ini.
Biasakan diri anda dengan lebih banyak alat dan ketahui cara meningkatkan kemahiran pengeditan foto anda ke tahap yang seterusnya.
Bawa foto anda ke pelbagai tempat.
Pisahkan subjek anda daripada latar belakang asal subjek dengan menggunakan alat Pemilihan Pantas dan letakkan di tempat yang berbeza sepenuhnya.
Tambahkan latar belakang baharu pada foto|Tambahkan latar belakang baharu pada foto
Selami dunia warna.
Laraskan warna dalam foto anda untuk menambahkan kecerahan, mengurangkan ton yang mengganggu atau menonjolkan hanya satu elemen.
Gayakan foto.
Hasilkan rupa seperti lukisan atau semburan cat dengan mengehadkan bilangan warna yang muncul pada seluruh foto atau pada pilihan tertentu sahaja.
Jadikan gambar anda sebagai poster|Jadikan gambar anda sebagai poster
Gabungkan imej.
Gabungkan dua foto yang berbeza untuk mencipta komposit yang menjadi karya seni yang tersendiri.
Tambahkan kesan kabur pada imej.
Ketahui cara untuk menambahkan kesan kabur pada foto untuk menonjolkan fokus atau menguatkan unsur pergerakan.
Cipta kesan dwiton.
Berikan penampilan baharu yang berani kepada mana-mana imej hitam putih berkontras tinggi dengan menambahkan Lapisan Pelarasan Peta Gradien.