{{adobe-photoshop}}
Hasilkan karya seni anda dengan {{ps-brushes}}
Sama ada anda mahu menghasilkan kesan semburan cat atau basuhan dakwat, dapatkan berus yang anda perlukan untuk mengalirkan daya kreativiti anda dengan lukisan, cat dan huruf digital dalam {{adobe-photoshop}}.

Cipta karya agung digital anda.
Tingkatkan karya seni digital anda dengan berus melukis tersuai atau mulakan kerja anda dengan {{ps-brushes}} praset.

Tonjolkan perkataan anda.
Sempurnakan penulisan huruf dengan tangan dan strok berus kaligrafi dengan set berus Photoshop berkualiti tinggi.
Gambarkan idea kreatif.
Cipta garisan dan lorekan yang anda mahu. Hidupkan lukisan digital anda dengan berus pensel, dakwat, dan arang.


Pelbagaikan gaya dan berus anda.
Eksperimen dengan semuanya daripada berus warna air hingga kesan percikan dan terokai ribuan alat praset.
Cuba gunakan berus tersuai.
Cipta kit alat unik dengan berus Photoshop tersuai yang boleh membantu anda mencapai sebarang kesan yang anda inginkan.

Cuba gunakan berus tersuai.
Cipta kit alat unik dengan berus Photoshop tersuai yang boleh membantu anda mencapai sebarang kesan yang anda inginkan.
Cara mengimport dan memasangkan berus ke dalam {{photoshop}}.
Salah satu perkara yang menakjubkan tentang bekerja dengan berus dalam Photoshop ialah anda boleh mencipta dan berkongsi berus anda sendiri. Sama ada anda baru bermula atau anda seorang artis digital yang berpengalaman, tentu menyeronokkan untuk memuat turun dan mengimport berus terus daripada Adobe atau pencipta kegemaran anda.
Begini caranya:
- Buka panel Berus dalam {{photoshop}} dengan pergi ke Tetingkap > Berus.
- Klik menu hamburger dan pilih Dapatkan Lebih Banyak Berus.
- Cari pek berus yang anda inginkan.
- Biarkan {{photoshop}} terbuka dan klik dua kali fail pek berus anda.
- Berus baharu anda kini akan dipasang dalam panel Berus untuk kegunaan anda.
- Anda juga boleh mengimport berus dengan mengklik menu hamburger dalam panel Berus dan memilih Import Berus, kemudian memilih fail pek berus ABR yang betul dan mengklik Buka.
Cara membuat berus dalam {{photoshop}}.
Jika anda tidak menemukan berus yang tepat dalam {{photoshop}} atau dalam pek berus, berita baik — anda boleh buat berus anda sendiri. Fikirkan dahulu tentang rupa yang anda mahukan dan jenis berus yang akan membantu anda mencapai kesan itu. Kemudian teruskan dan bereksperimen dengan tetapan dalam panel Berus dan simpan berus tersuai baharu anda.
Begini caranya:
- Pilih alat Berus.
- Buka panel Tetapan Berus dengan pergi ke Tetingkap > Tetapan Berus.
- Dalam Tetapan Berus, anda akan melihat tetapan untuk berus semasa anda.
- Ubah suai Bentuk Hujung Berus anda agar sesuai dengan rupa yang anda inginkan.
- Semak pillihan lain dalam panel untuk memilih atribut berus anda yang baharu.
- Sebaik sahaja anda selesai dengan berus baharu anda, anda boleh mula menggunakannya dengan segera — tetapi pastikan anda menyimpannya jika anda mahu menggunakannya semula.
- Untuk menyimpan berus baharu anda, pilih Praset Berus Baharu daripada menu hamburger. Beri berus anda nama baharu dan klik OK.