Adobe Photoshop Lightroom (1TB)
Perkhidmatan foto berasaskan awan untuk orang yang suka fotografi.
Pelan tahunan, prabayar: RM345.33/tahun termasuk SST
Pelajar dan guru, jimat lebih 65% untuk Photoshop Lightroom dan 20+ App Creative Cloud.
Jika anda kehabisan storan, foto baharu anda akan hanya disimpan pada peranti asal. Ia tidak akan disandarkan lagi ke awan atau disegerakkan merentasi peranti anda, dan ia tidak akan ditandakan secara automatik untuk carian kata kunci mudah dalam Lightroom. Foto yang anda telah sandarkan ke awan masih boleh diakses pada semua peranti anda.
Jika anda memerlukan lebih banyak storan, anda boleh menaik taraf pelan 20GB ke 1TB atau tingkatkan jumlah storan anda kepada 2TB, 5TB atau 10TB, dengan harga yang bermula pada RM57.56/bulan bagi setiap terabait. Untuk membeli lebih banyak storan, hubungi +65-3157-2191. Untuk menaik taraf pelan sedia ada anda, log masuk ke akaun anda dengan Adobe ID anda (Pelan saya > Urus pelan > Tukar pelan). Untuk arahan yang terperinci, lihat Tukar pelan Adobe anda.
Perkhidmatan bermula setelah pembayaran anda diproses. Anda akan dikenakan kadar tahunan yang dinyatakan pada masa pembelian sebagai bayaran sekali gus, serta cukai yang berkenaan. Kontrak anda akan diperbaharui secara automatik pada tarikh pembaharuan tahunan anda sehingga anda membuat pembatalan. Kadar pembaharuan tertakluk kepada perubahan, tetapi kami akan sentiasa memaklumkan anda lebih awal. Jika anda membuat pembatalan dalam masa 14 hari selepas pesanan, anda akan dibayar balik sepenuhnya. Jika anda membatalkan selepas 14 hari, bayaran anda tidak akan dikembalikan dan perkhidmatan anda akan diteruskan sehingga tamat tempoh kontrak anda. Pembatalan boleh dibuat pada bila-bila masa dengan mengunjungi halaman Urus Akaun anda atau dengan menghubungi Sokongan Pelanggan.
Adobe, logo Adobe, Creative Cloud, Lightroom dan Photoshop adalah sama ada tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Adobe di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Semua tanda dagangan lain ialah harta pemilik masing-masing.