


Foto terbaik anda. Dijadikan jauh lebih baik.
Temui app pengeditan foto yang dioptimumkan untuk komputer meja.
{{lightroom-classic}} memberi anda semua alat pengeditan komputer meja yang anda perlukan untuk memberikan penampilan terbaik kepada foto anda. Serlahkan warna, jadikan tangkapan yang kelihatan kusam kelihatan cerah, alih keluar objek yang mengganggu dan luruskan tangkapan yang senget. Susun foto dengan mudah pada komputer meja anda dan kongsikan dengan pelbagai cara.

Kawalan yang lebih kreatif.
Alat penopengan baharu yang berkuasa membolehkan anda membuat pelarasan yang lebih tepat supaya anda boleh membawa pengeditan anda ke tahap yang lebih tinggi dengan mudah.

Hilangkah gangguan.
Alih Keluar Sedar Kandungan Baharu membolehkan anda memadamkan apa-apa sahaja dalam beberapa saat. Hanya pilih objek atau cela dan {{lightroom-classic}} secara automatik akan mengambil sampel kawasan berhampiran imej anda untuk diadunkan.

Praset dan sempurnakan.
Gunakan praset pada bahagian tertentu pada foto anda hanya dalam satu klik dengan Praset Adaptif — gunakan untuk mencipta langit yang lebih dramatik dan menyerlahkan subjek anda.

https://main--cc--adobecom.hlx.page/cc-shared/assets/img/product-icons/svg/lightroom-40.svg | Adobe Photoshop Lightroom
Kenali Lightroom.
{{lightroom}} ialah perkhidmatan berasaskan awan yang memberi anda semua yang anda perlukan untuk mengedit, menyusun, menyimpan dan berkongsi foto anda merentas mana-mana peranti.