ILLUSTRATOR FEATURES

Temui alat reka bentuk logo lengkap.

Cipta reka bentuk logo profesional yang menepati tujuan anda dengan Adobe Illustrator. Pembuat logo yang sarat dengan ciri-ciri yang anda perlukan untuk menghasilkan logo baharu yang anda boleh bayangkan, membolehkan anda mengikut inspirasi reka bentuk anda dengan bebas.

Percubaan percuma Beli sekarang

Reka bentuk logo tersuai impian anda.

Bawa idea logo anda dari napkin koktel ke kad perniagaan dengan perisian reka bentuk grafik vektor yang paling serba boleh dalam pasaran. Ketahui cara Illustrator memberikan anda kefleksibelan dan alat lukisan untuk mereka bentuk logo yang memberikan tanggapan yang diingini.

Easily create geometric shapes with Illustrator

Bentukkan ciptaan logo anda.

Manipulasi dan gabungkan bentuk geometrik dengan tepat. Menggunakan alat Pathfinder dan Shapebuilder, hasilkan logo yang menjadi sebahagian daripada identiti jenama anda yang unik dan sukar dilupakan.

Mulakan dengan peta jalan.

Tidak pasti nak bermula dari mana? Pilih titik mula logo yang sempurna daripada pustaka fon — daripada pilihan yang menyeronokkan dan profesional — dan kemudian cipta sesuatu atas usaha anda sendiri.

Find the right font with Adobe Font integration
Scan any artwork to digital format with Adobe Capture to Illustrator

Tangkap setiap idea.

Bawa konsep anda dari fizikal ke digital dengan mudah. Imbas lukisan dan lakaran menggunakan Adobe Capture untuk memulakan reka bentuk logo anda — ciri yang hanya tersedia dengan Illustrator.

Pastikan warna yang digunakan ialah warna sebenar.

Tidak kira apa mediumnya, hasilkan logo yang menonjol. Reka bentuk dalam Pantone atau CMYK, agar skima warna anda menunjukkan warna sebenar di mana sahaja anda bekerja, walaupun dengan pengasingan warna yang rumit.

Design in Pantone or CMYK colors

Alat fleksibel di hujung jari anda.

Apabila mendapat sesuatu idea, anda perlu beralih dengan cepat dari peringkat insepsi ke proses reka bentuk grafik agar anda boleh kongsikan hasil kerja anda. Dengan aset Adobe Stock dan fon yang disepadukan, Illustrator membantu anda merealisasikan visi kreatif anda dengan lancar.

Fokus pada fon

Fon dan gaya yang sesuai boleh menghasilkan logo yang menarik. Pratonton dan aktifkan lebih 16,000 fon dengan Penyepaduan Adobe Font, tanpa meninggalkan aplikasi Illustrator.

Jangan bermula dari awal

Mulakan projek anda dengan pelbagai pilihan templat logo Stock dan objek logo vektor untuk menjimatkan masa anda sementara anda menyesuaikan dan memperhalusi reka bentuk anda.

Mulakan dengan perkara asas dan anda boleh menjadi pencipta logo dalam beberapa langkah mudah.

  1. Mulakan:
    Mula mencipta projek baharu dalam Illustrator.
  2. Lukiskannya:
    Gunakan bentuk untuk mencipta karya seni unik.
  3. Tulis:
    Tingkatkan tipografi anda dengan menambah dan mengubah suai teks.
  4. Serlahkannya:
    Tambah dan kemudian cantikkan warna logo anda.
  5. Kongsikannya:
    Simpan dan eksport logo anda untuk disiarkan secara langsung atau dapatkan maklum balas.

Dapatkan bantuan yang anda perlukan untuk menghasilkan logo beresolusi tinggi yang luar biasa. Mulakan dengan tutorial video Illustrator dan beralih ke penghasilan reka bentuk dan logo tersuai yang menampilkan nama syarikat anda.

Create logo with vector shapes

Cipta reka bentuk untuk dunia sebenar.

Ketahui cara untuk menggunakan bentuk vektor dalam Illustrator untuk mencipta dan memperhalusi logo asal yang menonjol di media sosial atau kemeja-t baharu.

Create custom icons from scratch

Mulakan dengan grafik yang ringkas.

Cipta ikon tersuai dari awal dengan arahan langkah-demi-langkah ini — anda akan menghasilkan grafik yang memukau dalam sekelip mata.

Design with precise color wheel

Reka bentuk dengan palet warna memberi inspirasi.

Belajar untuk bereksperimen dengan mengadunkan pelbagai warna dan bayang, dan anda akan menyaksikan pelbagai kemungkinan yang tidak terbatas.

Learn the basics of draw, combine, and trace in Adobe Illustrator

Temui asas anda.

Mulakan logo anda dengan mempelajari cara melukis, menggabung, dan surih blok pembinaan reka bentuk yang berjaya.

Lihat templat reka bentuk logo percuma.

Lakarkan logo yang sukar dilupakan untuk jenama dan perniagaan anda, atau penggunaan peribadi anda dengan templat untuk Illustrator.

Cari pelan Creative Cloud yang sesuai untuk anda.

App Tunggal Adobe Illustrator

RM66.51/bulan termasuk SST

Dapatkan Illustrator pada desktop dan iPad sebagai sebahagian daripada Creative Cloud.

Semua Aplikasi Creative Cloud

RM166.69/bulan termasuk SST

Dapatkan 20+ app Creative Cloud termasuk Illustrator.

Lihat perkara yang disertakan | Ketahui lebih lanjut

Pelajar dan Guru

RM57.59/bulan termasuk SST

Jimat lebih 65% pada Semua Aplikasi Creative Cloud.

Lihat terma | Ketahui lebih lanjut

Perniagaan

RM401.00/bulan RM320.00/bulan SST dikecualikan | Lihat terma

Dapatkan sehingga 5 lesen untuk pasukan anda dan jimat dengan potongan 20% pada tahun pertama. 20+ aplikasi Creative Cloud apps termasuk Premiere Pro serta ciri perniagaan eksklusif.

Lihat perkara yang disertakan | Ketahui lebih lanjut