Memperkenalkan Adobe Firefly.
Gunakan AI generatif dan gesaan mudah untuk mencipta output yang berkualiti tinggi – imej, kesan teks, palet warna dan banyak lagi.
AI GENERATIF KREATIF
Terokai cara impian dan eksperimen kreatif boleh menjadi ciptaan AI.
Jika anda tertanya-tanya tentang kemungkinan rupa sotong gurita gergasi yang menyerang New York City, AI generatif boleh menunjukkan perkara ini kepada anda.
Terdapat pelbagai jenis model Generatif Ai. Model bahasa besar, atau LLM, misalnya, direka bentuk untuk mencipta teks yang kompleks daripada hanya beberapa perkataan. Firefly ialah model penyebaran, yang direka bentuk untuk mencipta imej daripada penggesa teks. Perkataan yang anda gunakan dalam penggesa anda bertindak sebagai arahan kepada model AI generatif menerangkan jenis kandungan yang hendak dijana — seperti imej sotong gurita gergasi yang sedang berkeliaran di Big Apple.
Adobe Firefly ialah keluarga model AI generatif kreatif yang dirancang untuk muncul dalam produk Adobe Creative Cloud termasuk Adobe Express, Photoshop dan Illustrator. Model pertama Firefly dilatih berdasarkan set data stok Adobe, kandungan yang berlesen secara terbuka dan kandungan dalam domain awam yang hak ciptanya telah tamat tempoh dan menggunakan perihalan teks ringkas untuk menjana imej yang menakjubkan, kesan teks yang unik dan banyak lagi.
Sama ada anda mahu imej enjin kereta lapuk atau kotak bum futuristik retro, ciri teks kepada imej boleh menjana perkara ini untuk anda. Ini hanyalah permulaan. Model Firefly ini membolehkan pengguna melaraskan aspek output awal dengan satu siri alat dalam aplikasi.
Banyak penjana imej berkuasa AI menawarkan satu fungsi, tetapi Firefly menawarkan pelbagai keupayaan termasuk kesan teks dan keupayaan untuk menambah dan mengalih keluar elemen daripada imej. Pada masa hadapan, kami merancang untuk menawarkan lebih banyak ciri — termasuk alat yang dikuasakan oleh Firefly dalam apl Creative Cloud — seperti keupayaan untuk melaraskan mood video, mengalih keluar gangguan daripada foto dan menambahkan tekstur pada objek 3D.
Di luar Stable Diffusion, penting untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan alat AI generatif lain seperti DALL·E dan Midjourney jika dibandingkan dengan Firefly.
Gesaan teks-to-image: Kotak bum futuristik retro dengan kaca mata.
Adobe Firefly berlatih pada imejan Adobe Stock mengikut perjanjian Lesen Stock Contributor, kandungan yang dilesenkan secara terbuka dan kandungan domain awam yang telah tamat tempoh hak cipta. Ini bermakna Firefly direka bentuk supaya selamat untuk kegunaan komersil dan output Firefly kini tersedia untuk digunakan bagi tujuan komersial.
Model AI generatif Firefly sedang dibina untuk membantu pencipta dan disertakan dalam proses. Anda boleh membaca tentang model imbuhan kami untuk penyumbang Adobe Stock yang kandungannya digunakan dalam set data untuk melatih model Firefly. Matlamat yang ingin dicapai adalah untuk mencipta model AI generatif yang memberikan manfaat kepada kreatif dan mempercepatkan kerja kreatif secara bertanggungjawab.
Mengubah idea menjadi visual mengambil masa untuk pencipta paling pantas sekali pun. Adobe Firefly boleh sama-sama membantu artis veteran, bintang yang sedang meningkat naik, penulis imaginatif, pasukan perusahaan dan pemilik perniagaan kecil yang bijak dalam mencipta dan menyampaikan konsep.
Contohnya, bayangkan anda ialah pereka bentuk laman web yang bekerja untuk syarikat pakaian kitar semula. Anda menuju ke Firefly dan memasukkan gesaan “topi besbol diperbuat daripada denim kitar semula berlatarkan pepohon menghijau” untuk mencipta papan suasana untuk menunjukkan kepada klien anda perkara yang anda bayangkan. Mereka sukakan idea itu, tetapi juga mahu melihat pilihan dengan flanel kuning. Melaraskan penggesa teks kepada “kemeja diperbuat daripada flanel kotak-kotak kuning dan hitam kitar semula yang tergantung pada dahan pokok” memberikan bukti konsep yang lain kepada anda untuk memastikan jurufoto anda pergi ke tapak berbekalkan senarai tangkapan yang menepati keperluan projek.
Contoh AI yang pantas boleh mengelakkan anda daripada membazir masa dan membantu keseluruhan pasukan anda mempunyai pemahaman yang sama tentang sesuatu hal.
Gesaan teks-to-image: Lubang cacing terbuka di angkasa lepas dan perahu layar abad ke-17 yang besar muncul.
Setelah ciptaan anda yang dijana, tidak kiralah sama ada ciptaan itu imej artistik atau fotorealistik, anda boleh memperhalusi hasil ini dengan alat dalam Firefly. Pilih daripada gaya seperti kubisme dan maksimalisme dalam menu Gaya, yang menampilkan pergerakan seni dan tema yang berbeza. Anda juga boleh memilih bahan yang berbeza seperti bulu atau tanah liat untuk melaraskan tekstur imej.
Perhalusi piliah Pencahayaan, serta Warna dan Tona imej, untuk menerokai rupa yang berbeza untuk hasil anda. Pilih daripada kompisisi foto seperti Gambar dekat, Tangkapan dari atas dan lain-lain untuk mencuba pelbagai sudut pandangan.
Campur dan padankan pilihan daripada menu ini atau tindankan bersama-sama, untuk mencipta lebih kemungkinan untuk setiap gesaan teks kepada imej.
Gesaan teks-to-image: Belon angin panas yang dipenuhi bunga dan rama-rama, langit jingga sebagai latar belakang, belon bakul selamat hari lahir, kubisme, sudut lebar, tempoh sejurus selepas matahari terbit atau sebelum matahari terbenam, warna penuh bertenaga.
Selepas mengunakan penjana imej AI Firefly, cuba tambahkan imej kepada teks dengan model kesan Teks. Pilih perkataan atau frasa, seperti nama jenama atau nama samaran media sosial anda dan taipkan. Kemudian, perihalkan kesan yang anda mahu lihat pada huruf atau pilih daripada pilihan seperti bunga, lava, biskut halia dan banyak lagi. Klik butang Jana dan lihat perkataan anda menjadi ciptaan AI artistik. Anda juga boleh melaraskan fon, warna fon dan warna latar belakang untuk mencuba pelbagai pilihan kreatif.
Untuk memahami kemungkian kreatif Firefly dengan sebaik-baiknya, anda hendaklah mencuba perisian ini. Dapatkan inspirasi daripada apa-apa sahaja dan semua perkara yang boleh anda bayangkan. Terokai perkara yang Firefly boleh bantu anda cipta.
Gunakan AI generatif dan gesaan mudah untuk mencipta output yang berkualiti tinggi – imej, kesan teks, palet warna dan banyak lagi.