Adunkan dan indukkan setiap projek audio.
![Use your favorite audio gear with Adobe Audition.](./media_1c6ffa608b3989a21d75d999a7ed1fdfb4cf36a64.jpeg?width=750&format=jpeg&optimize=medium)
Gunakan peralatan audio kegemaran anda.
Dengan Audition, anda boleh menggunakan apa-apa sahaja perkakasan atau pemalam yang anda suka. Editor audio ini berfungsi merentasi kesemuanya, jadi anda tidak perlu mengabaikan peralatan kegemaran anda untuk mendapatkan adunan yang hebat.
Perkemaskan pengeditan audio anda.
Dengan Adobe Sensei, gunakan fungsi adun semula untuk mengedit muzik secara automatik mengikut panjang yang anda perlukan. Atau, laraskan kelantangan pada muzik atau dialog secara dinamik dengan alat epenenggelaman automatik.
![Use the remix function to automatically adjust your audio.](./media_181281235cf0719bf5ca293bd255dd840f4652c5d.jpeg?width=750&format=jpeg&optimize=medium)
![Find your sound with customizable audio mixing controls.](./media_1c4bd106aa10390fce84a61dd1e4450243edc73a0.jpeg?width=750&format=jpeg&optimize=medium)
Kawal audio anda.
Cari bunyi anda dengan kawalan yang boleh disesuaikan. Buat gubahan berlapis dengan editor Berbilang Runut atau laraskan amplitud audio dengan editor Waveform.
Singkirkan hingar putih.
Alih keluar bunyi bip, desisan dan hingar latar belakang daripada runut audio dengan Paparan Frekuensi Spektrum dan mula mengedit gelombang bunyi secara visual.
![Use the Spectral Frequency Display to eliminate white noise.](./media_18438616d5213a8d24bafd8987b3f330b5724cbed.jpeg?width=750&format=jpeg&optimize=medium)
Dapatkan nota yang paling sesuai dengan audio anda.
![Polish and add mastered audio to other projects in Premiere Pro.](./media_107847ebdeafcf2a2dc1510d46abeae8087d0edac.jpeg?width=750&format=jpeg&optimize=medium)
Gilap setiap runut.
Sebagai sebahagian daripada Creative Cloud, Audition membolehkan anda menambahkan audio yang digubah dengan mudah pada projek lain dalam Adobe Premiere Pro. Jadi, mudah untuk anda menyelesaikan walaupun projek anda sangat mencabar.
![Get the exact sound you want and blow your audience away.](./media_1eb96b9e8a632a3f7249c564de3c0a0a9c1133b5d.jpeg?width=750&format=jpeg&optimize=medium)
Edit audio yang menyentuh hati.
Dengan lebih 50 kesan dan alat analisis, Audition memberi anda kawalan sepenuhnya ke atas pengadunan audio anda. Dapatkan bunyi yang tepat yang anda mahukan dan kagumkan khalayak anda dengan bunyi yang gemerlapan.
Indukkan bunyi anda dengan petua ini.
![Learn how to edit audio precisely and add custom effects to your soundtrack.](./media_14232b0223e177fc9e063a1935bf0c2cc86fc09fa.jpeg?width=750&format=jpeg&optimize=medium)
Tambah kesan audio.
Edit audio dengan tepat dan tambahkan kesan tersuai pada runut bunyi anda dengan tutorial Audition ini.
![Learn how to edit projects in Premiere Pro with Audition](./media_17ee9f6405615275ad2cb0fee8d08d67b46c6abb8.png?width=750&format=png&optimize=medium)
Cipta runut bunyi yang paling sempurna.
Optimumkan pengeditan audio anda dengan tutorial ini dan lihat cara untuk mengedit projek daripada Premiere Pro dalam Audition.