video
Cara menghasilkan filem dokumentari.
Terokai proses menghasilkan filem dokumentari dan dapatkan petua daripada pembuat filem profesional tentang cara menukar kisah kehidupan sebenar menjadi filem bukan fiksyen yang hebat.
Apakah itu filem dokumentari?
Filem dokumentari ialah alat berkuasa yang merakam peristiwa sebenar dan menyampaikan kisah yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada khalayak. Menurut pembuat filem, Truen Pence, “Dokumentari sentiasa menjadi cara bagi saya untuk menjalani kehidupan secara tidak langsung melalui subjek. Ketika saya mula membuat dokumentari, kisah tersebut adalah berdasarkan perkara yang menarik minat saya.”
Menghasilkan dokumentari daripada bahagian filem bukan sekadar merakam beberapa detik peristiwa. Sama ada untuk Sundance, Netflix atau YouTube, penghasilan dokumentari memerlukan pengumpulan pelbagai bahagian filem, daripada temu bual hinggalah bahan arkib. Pengeditan ialah kunci penghasilan dokumentari — memilih dan menggabungkan elemen ini untuk menghasilkan naratif yang kukuh. Rancang cara setiap bahagian digabungkan untuk menyampaikan kisah anda.
Cara memanfaatkan praproduksi sepenuhnya.
Sebelum anda mula merakam, pastikan anda membuat penyelidikan. “Fahami jalan cerita anda dan pelajari tentang orang atau subjek yang terlibat supaya anda dapat bertanya soalan yang tepat,” ujar Pence.
Jenis penyelidikan yang perlu anda lakukan bergantung pada topik anda. Untuk dokumentari sejarah, anda mungkin perlu meluangkan masa di perpustakaan atau arkib. Bagi filem tentang pemusnahan hutan hujan di Amazon, banyak maklumat boleh diperoleh secara dalam talian, tetapi anda juga perlu pergi ke lokasi dan berinteraksi dengan penduduk setempat.
Kumpulkan bahagian filem arkib.
Lakukan penyelidikan tentang bahagian filem arkib yang berkaitan dan minta foto atau video lama daripada subjek yang ditemu bual.
Rangka cerita.
Dokumentari tidak mempunyai skrip seperti naratif fiksyen. Cipta rangka umum atau papan cerita untuk menggambarkan bahagian filem yang diperlukan. “Kadangkala, saya akan menulis jalan cerita bagi membantu saya membayangkan cerita atau untuk memudahkan pihak berkepentingan saya memahami jenis cerita yang ingin saya sampaikan,” ujar Pence.
Bina kepercayaan dengan subjek.
Rangka cerita membantu anda membina kepercayaan dengan subjek. “Jika anda berkongsi cerita tentang pengalaman peribadi seseorang, pastikan mereka memahami perkara yang ingin anda sampaikan supaya anda dapat mengakses perkara yang diperlukan,” ujar pembuat filem dokumentari, Erin Brethauer.
Bersedia untuk menyesuaikan diri.
“Rancang dengan teliti dan berfikir dengan strategik, tetapi anda juga perlu sedar bahawa kadangkala keadaan boleh berubah, tidak seperti yang dijangkakan dan anda perlu bertindak balas serta mengikut sahaja keadaan,” ujar Brethauer.
Bayangkan penampilan filem itu.
Dokumentari juga mempunyai gaya tersendiri. Cipta papan mood dan kumpulkan rujukan visual untuk membimbing visi anda, termasuk pelbagai jenis sudut kamera. “Anda akan belajar dan berubah sepanjang perjalanan ini, tetapi jika anda mula dengan satu perspektif, biasanya anda akan berpegang pada perspektif tersebut,” ujar Pence.
Cara untuk memperoleh maklumat yang diperlukan daripada temu bual.
Biasanya, cara terbaik untuk memahami individu serta pengalaman atau kepakaran mereka adalah melalui kata-kata mereka sendiri. Kebanyakan dokumentari penjelasan, penyertaan, pemerhatian dan persembahan mengandungi bahagian filem temu bual.
Ajukan semua soalan.
Jangan ragu-ragu untuk mengajukan soalan mempunyai jawapan yang mungkin nampak jelas; ramai penonton berkongsi ketakpastian yang sama. “Dekati soalan dengan rasa ingin tahu. Ini akan membantu anda melangkaui soalan yang jelas,” nasihat Pence.
Bersedia untuk kembali.
Dokumentari biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk dihasilkan, jadi untuk merakam perubahan dalam kehidupan subjek anda, penting untuk anda membina dan mengekalkan hubungan dengan mereka secara berterusan. Bagi Brethauer dan suaminya yang juga pengarah bersama, ini bermakna sentiasa berhubung dan melakukan lawatan secara berkala: “Kami memastikan yang kami sentiasa ada dan mengetahui perkembangan terkini, supaya kami dapat meramalkan waktu kami perlu kembali.”
Berfikir di luar kotak.
Pastikan penonton terus tertarik dengan pelbagai visual. “Dalam sesi temu bual, Errol Morris menggunakan lima sudut kamera yang berlainan, mengedit rakaman untuk menghasilkan pengalaman yang dinamik,” jelas Brethauer. Pertimbangkan untuk menggunakan gulung B, pendramaan atau animasi bagi memperkaya penceritaan anda. “Anda boleh menggunakan suara orang dan bekerjasama dengan juruanimasi untuk menggambarkan pengalaman,” ujar Brethauer.
Cara menghasilkan video dokumentari.
Dengan modal yang sedikit, masa yang mencukupi dan semangat yang kuat, anda mampu menghasilkan filem bukan fiksyen berdurasi panjang dengan bantuan yang minimum.
Kru penggambaran yang kecil boleh membawa kebaikan.
Pasukan kecil mencipta suasana yang lebih mesra, membantu subjek berasa lebih selesa dan lebih natural di hadapan kamera. Brethauer menerangkan, “Kami berdua biasanya merakam dari dua sudut untuk adegan yang berbeza. Kami menggunakan kamera Canon C300 kerana kamera ini sangat sesuai untuk menghasilkan dokumentari. Kami boleh memainkan audio dalam kamera.”
Rakam dalam format RAW.
Untuk mendapatkan kualiti video yang terbaik dan fleksibiliti semasa pascaproduksi, Pence mencadangkan agar rakaman dibuat dalam format RAW dengan resolusi setinggi yang mungkin. “Dapatkan kamera terbaik yang anda boleh peroleh tidak kira sama ada yang diminta atau dipinjam kerana filem anda akan bertahan lebih lama,” nasihatnya.
Rakam sebanyak mungkin bahagian filem.
Anda tidak akan tahu babak yang mungkin digunakan dalam filem anda, jadi rakam segala-galanya. Pence mendapati pendekatan ini memberinya kebebasan, kerana tekanan untuk mendapatkan rakaman yang sempurna dapat dikurangkan. “Anda sedang mengumpulkan sejumlah besar kandungan yang akan diedit menjadi sesuatu karya nanti,” ujarnya.
Edit dokumentari anda dengan menggunakan Adobe Premiere Pro.
Premiere Pro ialah perisian pengeditan yang sempurna untuk menghasilkan dokumentari kerana perisian ini memudahkan anda untuk bermula dengan cepat menggunakan pelbagai jenis media. Perisian ini juga dilengkapi dengan alat yang dikuasakan oleh AI dan menjimatkan masa semasa bekerja dengan bahagian filem temu bual, warna dan bunyi.
Import media dengan mudah.
Import mana-mana resolusi atau format video dan audio ke dalam Premiere Pro dengan mudah, termasuk HD, 4K atau 8K. Gunakan Pelayar Media untuk menavigasi dan pratonton fail terus daripada storan, jadi anda boleh memilih media yang tepat untuk dimulakan. Urus metadata dengan nota atau penanda untuk memastikan anda sentiasa teratur sepanjang proses dokumentari yang panjang.
Edit Temu bual dengan cekap.
Anda boleh menggunakan Ucapan kepada Teks yang dikuasakan oleh AI untuk mentranskripsikan bahagian filem anda dengan cepat dan secara automatik dalam 18+ buah bahasa. Kemudian, gunakan Pengeditan Berasaskan Teks untuk menyemak transkrip, menyemak lalu temu bual yang panjang, mencatatkan nota dan mengedit video dengan menyalin dan menampal teks—tanpa perlu mendengar bahagian filem yang panjang.
Permudahkan proses pengeditan.
Gunakan Pengesanan Edit Adegan untuk mengenal pasti adegan penting dan menambah pengeditan kepada bahagian filem yang didigitalkan atau fail arkib tunggal, sekali gus memudahkan proses penyusunan semula dokumentari anda.
Perkemaskan pembetulan warna.
Dapatkan warna yang konsisten dengan rona kulit yang tepat dalam setiap klip menggunakan Warna Auto yang dikuasakan oleh AI dan sepadankan warna daripada berbilang kamera dengan satu klik menggunakan Padanan Warna. Kemudian, anda boleh meningkatkan dokumentari anda dengan menggunakan penggredan warna yang kreatif untuk menambahkan emosi dan kedalaman.
Perhalusi audio dokumentari anda.
Pastikan khalayak anda terpukau dengan adunan audio yang diperkemas. Gunakan Penyerlahan Pertuturan yang dikuasakan oleh AI untuk memperkemas rakaman suara dan mengurangkan hingar latar. Kekalkan tahap dialog yang konsisten dengan menggunakan Padanan Kelantangan dan biarkan Penenggelaman Automatik merendahkan kelantangan muzik secara automatik semasa pertuturan.
Tingkatkan dokumentari anda dengan menggunakan grafik.
Gunakan grafik profesional dan Templat Grafik Gerak untuk meningkatkan nilai penghasilan dokumentari anda. Cari templat animasi dalam panel Grafik Penting atau cipta templat tersuai dengan menggunakan After Effects. Masukkan teks pada skrin yang jitu untuk mendorong perkembangan cerita anda dengan lebih berkesan.
Kongsikan filem anda untuk mendapatkan maklum balas yang berharga.
Gunakan Frame.io, yang disertakan dengan Premiere Pro, untuk mengumpulkan maklum balas yang menepati bingkai terus dalam perisian pengeditan anda. Ini akan membantu anda memperhalus dokumentari anda sebelum dimuktamadkan. Semangat anda terhadap subjek akan meninggalkan kesan kepada penonton, tetapi maklum balas akan memastikan filem anda yang ditampilkan dengan kualiti yang terbaik.
Setelah pengeditan akhir selesai, serahkan dokumentari anda kepada festival filem. Meskipun anda tidak dapat meramalkan filem yang akan menarik perhatian, memiliki dokumentari yang diedit dengan baik akan meningkatkan peluang anda untuk meninggalkan kesan.
Penyumbang
Truen Pence, Erin Brethauer
Kongsi artikel ini
Lihat lebih banyak lagi ciri Premiere Pro.
Cari pelan Creative Cloud yang sesuai untuk anda.
Aplikasi Tunggal Adobe Premiere Pro
RM66.51/bulan (termasuk SST).
Termasuk 100GB storan awan, Adobe Fonts dan Adobe Portfolio.
Ketahui lebih lanjut
Semua Aplikasi Creative Cloud
RM166.69/bulan (termasuk SST).
Dapatkan 20+ aplikasi Creative Cloud termasuk Photoshop, Illustrator, Adobe Express, Premiere Pro dan Acrobat Pro.
Lihat perkara yang terkandung | Ketahui lebih lanjut
Pelajar dan guru
RM166.69/bulan
RM57.59/bulan (termasuk SST).
Jimat lebih 65% pada 20+ aplikasi Creative Cloud, termasuk Photoshop, Illustrator, Premiere Pro dan Acrobat.
Lihat terma | Ketahui lebih lanjut
Perniagaan
setiap lesen (SST dikecualikan). | Lihat terma.
Dapatkan sehingga 5 lesen untuk pasukan anda dan jimat dengan potongan 20% pada tahun pertama. 20+ aplikasi Creative Cloud apps termasuk Premiere Pro serta ciri perniagaan eksklusif.
Beli melalui telefon: +65 3157 2191