.

illustrator

Cara menggunakan alat lukisan digital, pen & tablet.

Temukan cara untuk memanfaatkan alat digital bagi penciptaan seni, pengambilan nota dan banyak lagi. Selain itu, lihat cara alat ini boleh membantu anda mempercepat aliran kerja anda dan membuat ciptaan yang menakjubkan.

Terokai Illustrator

Pelukis digital sedang melakar pada tablet dengan menggunakan pen digital.

Alat lukisan digital meningkatkan karya seni ke tahap yang baharu.

Walaupun seni tradisional sering menghasilkan draf yang dibuang bertimbun di tepi tong sampah, namun alat lukisan digital membuatkan percubaan, kesilapan, penciptaan dan penerokaan menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini. Alat ini membolehkan anda melukis, membuat lakaran, mengecat, mengambil nota digital, dan banyak lagi dengan kemudahan pembetulan tanpa had dan storan digital. Selain itu, anda boleh mencipta dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan tablet dan app mudah alih. Temukan semua cara yang boleh anda cipta dengan menggunakan medium digital yang semakin maju setiap hari.

Mencipta dengan tablet dan stilus telah menjadi bahagian penting dalam aliran kerja kebanyakan pelukis dan pereka bentuk. “Anda mendapat lebih kawalan dan fleksibiliti daripada tetikus, dan lebih banyak pilihan daripada pensel,” jelas pereka bentuk Robin Casey.

Alat lukisan digital membolehkan pengguna berkarya dengan cepat dan mudah, tanpa perlu risau tentang bekalan fizikal. Daripada membuang seluruh kanvas kerana kesilapan atau bimbang membazirkan bahan mahal, pelukis hanya perlu tekan “buat asal” dan cuba lagi. Perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah bateri pen pintar anda yang boleh dicas semula.

Seseorang sedang menulis pada tablet menggunakan pen digital.

Dalam penggunaan alat digital, anda boleh memanfaatkan stilus pen pintar bersama-sama paparan desktop, peranti skrin sentuh seperti iPad atau tablet Wacom, atau telefon pintar dan peranti mudah alih. Setiap satu alat mempunyai kelebihan tersendiri. Contohnya, melukis terus di tablet menawarkan pengalaman yang lebih semula jadi berbanding jika tablet disambungkan ke skrin paparan melalui kabel USB. Selain itu, tablet dengan paparan membolehkan anda melihat hasil kerja anda semasa melukis, serupa dengan cara anda menggunakan alat lukisan tradisional.

Jenis persediaan yang anda pilih bergantung pada belanjawan anda, tetapi jangan jadikan peralatan sebagai keutamaan teratas anda. “Bekerja dengan peralatan yang anda ada,” nasihat pelukis, Kevin Mellon. “Anda tidak perlu berbelanja hingga ribuan dolar untuk mendapatkan peralatan.” Teknologi melukis secara digital telah berkembang maju sehingga pilihan untuk pemula juga mempunyai kefungsian yang hebat.

Pelukis sedang melukis lakaran digital bunga ros pada tablet.

Saksikan pen digital beraksi.

Tonton pelukis menggunakan pen digital dan gabungan pembaris digital Dakwat dan Slaid.

Menggunakan pen digital untuk melukis dalam program reka bentuk grafik.

Lihat cara untuk mula melukis dengan pen digital.

Ketahui asas melukis dan menggunakan berus dengan pen digital dalam Adobe Photoshop.

Sesetengah pen pintar, seperti siri pen Google Pixelbook, Livescribe 3, Neo Smartpen N2 atau Wacom Bamboo yang popular, mempunyai keupayaan untuk mendigitalkan nota dan lakaran dalam masa nyata. Ini memberikan kemudahan storan digital tetapi tetap merasai pengalaman menulis tangan untuk nota dan lukisan.

Mengenali alat lukisan digital.

Pelukis digital berlatih melakar pemandangan air terjun pada tabletnya.
Seorang pelukis bertatu sedang mencipta karya seni digital.

Bereksperimen dan mencuba pelbagai pengesetan merupakan cara terbaik untuk membiasakan diri dengan pen digital. “Rasai pengalaman menggunakan pen digital. Lihat cara lakaran bertindak balas dengan pelbagai alat,” kata Casey. “Mengendalikan alat secara langsung ialah cara terbaik untuk mengetahui cara penggunaan alat.” Illustrator, Adam Bujorian mengesyorkan agar bermula dengan medium yang paling biasa anda gunakan: “Cuba sesuatu yang anda sudah mahir. Mulakan dengan lakaran itu dan kembangkan dari situ.”

Walaupun memegang pen terasa lebih semula jadi, pen masih boleh memberikan tekanan pada tangan dan pergelangan tangan anda. “Sebagai artis, kita sentiasa berusaha untuk mengelakkan sindrom terowong karpal daripada berlaku,” kata Mellon. “Ada pelukis yang membalut pita pada pen untuk menebalkan pen, kerana pen yang nipis memberikan lebih tekanan pada tangan mereka.” Kenal pasti pendekatan yang terbaik untuk anda dalam mencipta suasana kerja yang selesa dan produktif.

Lakaran digital berlapis dengan separuh daripada lakaran telah diwarnakan.
Karya seni digital yang telah siap, yang bermula sebagai lakaran pensel digital.

Alat lukisan digital tidak terhad kepada objek yang boleh anda pegang. Platform seperti Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe Fresco menyediakan pelbagai jenis pilihan berus yang membolehkan anda melukis atau mengecat dengan pelbagai gaya dan tekstur. Anda juga boleh membeli berus yang dibuat oleh pereka bentuk lain dan menyesuaikan berus anda sendiri — tiada had untuk jenis berus yang boleh anda pasangkan dengan pen anda. Ketahui lebih lanjut tentang menggunakan dan membuat berus digital dengan melihat tutorial ini:

Seseorang sedang bekerja di komputernya dengan secawan kopi.

Menyelidiki aksesori lukisan digital.

Cuba pelindung skrin kusam.

Pelindung skrin kusam merupakan aksesori yang popular digunakan untuk skrin tablet kerana pelindung ini memberikan pengalaman melukis yang lebih mirip seperti di atas kertas. Pelindung kusam juga memberikan permukaan lebih tekstur, bermakna pen mempunyai lebih banyak geseran dan tekstur berbanding jika hanya melukis di atas kaca.

Bereksperimen dengan pelbagai jenis mata pen.

Bergantung pada jenis stilus yang anda miliki, anda mungkin boleh menukar hujung stilus. Ini dapat mempengaruhi dengan ketara cara pen berfungsi dan menghasilkan lukisan. Apple Pencil masih belum memperkenalkan pelbagai gaya mata pen, tetapi kebanyakan pen pintar Wacom dan Anoto Livescribe mempunyai pelbagai pilihan untuk dipilih. Walaupun anda berpuas hati dengan mata pen lalai, ingatlah bahawa mata pen akan haus dari semasa ke semasa. Untuk memastikan prestasi terbaik yang berterusan, anda perlu mengganti mata pen anda secara berkala.

Sama ada anda seorang ilustrator, pereka bentuk atau pelukis studio, alat lukisan digital menawarkan cara baharu yang menarik untuk mencipta karya. Jika anda ingin menyepadukan tablet lukisan atau pen ke dalam aliran kerja anda, ketahui lebih lanjut tentang menggunakan alat ini dalam Illustrator, Animate dan Photoshop.


Penyumbang

Robin Casey, Kevin Mellon, Adam Bujorian