Terokai ciri Premiere Pro.
Hidupkan visi anda dengan AI dan ciri pengeditan video yang terbaik.

Panjangkan klip audio dan video.
Tambahkan bingkai, panjangkan audio ambien dan hilangkan potongan yang janggal. Peluasan Generatif, kini dalam Premiere Pro (beta), membolehkan anda memanjangkan klip dengan mudah dengan menggunakan Adobe Firefly.

Penamat bagi pencarian yang tidak berpenghujung.
Jimatkan masa melihat bahagian filem yang berjam-jam dan cari rakaman yang anda perlukan dalam beberapa saat. Dengan Kecerdasan Media Dikuasakan AI yang baharu dalam Premiere Pro (beta), anda boleh mencari bahagian filem mengikut lokasi, warna, transkrip, jenis rakaman dan banyak lagi. Huraikan sahaja dan AI akan mencari.

Bekerja lebih pantas dengan Pengeditan Berasaskan Teks.
Gunakan AI untuk mentranskripsikan video anda secara automatik semasa diimport, kemudian cipta potongan kasar dengan pantas hanya dengan menyalin dan menampal teks.

Tambahkan kejelasan dengan Pertingkatkan Pertuturan.
Dapatkan dialog yang jelas dengan AI. Tingkatkan kualiti audio, keluarkan bunyi latar belakang dan jadikan setiap perkataan berbunyi dengan jelas.

Cipta kapsyen dengan Pertuturan kepada Teks.
Hasilkan transkrip yang tepat dalam 18 bahasa, bezakan antara penutur, terjemahkan bahasa (beta) dan padankan kapsyen dengan kadens pertuturan dengan kuasa AI.

Segerakkan muzik ke klip yang diedit.
Gunakan AI untuk melaraskan semula masa muzik anda secara automatik agar sepadan dengan panjang video yang telah diedit menggunakan Adun Semula.