Aplikasi susun atur halaman profesional untuk penerbitan bercetak dan digital, InDesign membolehkan anda mereka bentuk, semakan pralancar dan menerbitkan pelbagai kandungan untuk cetakan, web dan app tablet. Aplikasi ini menawarkan kawalan yang jitu meliputi tipografi, alat kreatif terbina dalam, persekitaran reka bentuk intuitif dan penyepaduan rapat dengan Adobe Photoshop, Illustrator dan Acrobat.
InDesign dibina untuk pereka bentuk, profesional pracetak dan pengeluaran, dan penyedia perkhidmatan cetakan yang bekerja untuk majalah, firma reka bentuk, agensi pengiklanan, akhbar, penerbit buku dan syarikat runcit/katalog, serta dalam reka bentuk korporat, percetakan komersial dan persekitaran penerbitan teknologi canggih yang lain. Ketahui lebih lanjut tentang InDesign.
Oleh sebab InDesign adalah sebahagian daripada Adobe Creative Cloud, anda mendapat akses kepada semua kemas kini terkini dan keluaran masa hadapan sebaik sahaja kemas kini tersebut tersedia.
InDesign bersepadu rapat dengan Photoshop, Illustrator, Acrobat Pro dan InCopy. InDesign berkongsi antara muka pengguna, arahan, panel dan alat yang sama dengan Photoshop, Illustrator dan InCopy, jadi mudah untuk menggunakan perkara yang anda ketahui tentang satu program apabila anda belajar program yang lain, dan untuk beralih secara cekap daripada satu program ke program yang lain. Oleh sebab anda boleh mengimport fail Photoshop dan Illustrator natif, lebih mudah untuk menyusun, mempertingkat dan mengemas kini grafik. Sokongan natif untuk fail PDF memberi anda output yang boleh dipercayai dan konsisten sama ada anda menerbitkan untuk cetakan, web atau peranti. Selain itu, InDesign dan InCopy bekerjasama untuk menyediakan pengurusan aliran kerja editorial yang mantap untuk pasukan kreatif yang kecil.
Pelan Adobe InDesign bermula pada
RM66.51/bulan termasuk SST. Anda boleh membeli InDesign sebagai sebahagian daripada pelan App Tunggal atau
pelan Semua App Creative Cloud. Ketahui lebih lanjut tentang pilihan pembelian pada halaman
pelan Creative Cloud.
Anda boleh memuat turun percubaan percuma InDesign selama tujuh hari. Percubaan percuma ialah versi penuh app rasmi. Percubaan percuma merangkumi semua ciri dan kemas kini dalam versi terkini InDesign. Percubaan anda akan bertukar kepada
keahlian Creative Cloud berbayar secara automatik selepas tujuh hari, melainkan anda membatalkan keahlian sebelum itu. Untuk editor templat dalam talian percuma yang cepat dan mudah, cuba Adobe Express.
Pelajar dan guru jimat lebih 65% pada pelan Semua App Creative Cloud. Ketahui lebih lanjut tentang pelan pelajar
di sini.