Cara menterjemahkan video dengan Firefly.
Menterjemahkan fail video anda adalah lebih mudah berbanding sebelum ini. Anda hanya perlu melakukan perkara berikut.
- Muat naik fail anda.
Buka modul Terjemahkan Video. Seret dan lepas fail video yang telah dirakam dalam salah satu bahasa yang tersedia dan mengandungi sekurang-kurangnya pertuturan berturut-turut selama lima saat dengan panjang fail maksimum lima minit. - Pilih bahasa.
Setelah fail anda selesai dimuat naik, pilih sehingga lima bahasa yang tersedia untuk terjemahan. - Terjemahkan audio dan video anda.
Klik Jana untuk mula menterjemah fail anda. - Muat turun dan kongsi.
Apabila selesai, fail anda yang baru diterjemah akan muncul dalam baris gilir yang boleh anda muat turun dan kongsikan.