Tukar fail PDF kepada JPG dalam talian
Gunakan perkhidmatan dalam talian Adobe Acrobat untuk menukar PDF anda kepada format fail imej JPEG, PNG atau TIFF. Anda hanya perlukan sambungan Internet.
Ikuti langkah mudah ini untuk menukar PDF kepada JPG, PNG atau TIFF dengan penukar imej Acrobat:
Gunakan perkhidmatan dalam talian Adobe Acrobat untuk menukar PDF anda kepada format fail imej JPEG, PNG atau TIFF. Anda hanya perlukan sambungan Internet.
Seret dan lepas atau muat naik dokumen PDF yang ingin anda tukar kepada fail imej. Kemudian, pilih format PNG, TIFF atau JPG yang diperlukan. Acrobat menukarkan fail PDF dalam talian dalam masa beberapa saat.
Selepas Acrobat menukar PDF anda kepada fail imej, anda boleh memuat turun fail tersebut dengan satu klik atau dengan mendaftar masuk. Selepas mendaftar masuk, anda juga boleh berkongsi fail imej anda dengan orang lain.
Alat penukar Acrobat PDF kepada imej berfungsi dalam mana-mana pelayar, termasuk Microsoft Edge dan Google Chrome. Anda juga boleh menggunakan mana-mana sistem pengendalian pilihan anda.
Privasi anda adalah penting kepada Adobe. Jika anda tidak mendaftar masuk ke Acrobat untuk menyimpan fail anda, fail itu akan dipadamkan daripada pelayan kami.
Adobe mencipta format PDF, jadi anda boleh mempercayai alat kami. Penukar PDF kepada JPG percuma kami membolehkan anda mencipta fail imej JPG berkualiti tinggi yang akan kelihatan seperti yang dijangkakan.
Alat penukar dalam talian Acrobat membolehkan anda menukar PDF kepada imej PNG, TIFF atau JPG dengan cepat menggunakan mana-mana pelayar web. Hanya pilih format fail pilihan anda. Proses penukaran JPG Acrobat berlaku dalam masa beberapa saat, dan memberikan kualiti imej yang boleh anda percayai.
Anda juga boleh mencuba Adobe Acrobat Pro secara percuma selama tujuh hari pada Mac atau Windows. Selain menukar fail PDF kepada format fail imej, alat Acrobat PDF membolehkan anda menukar JPG, BMP, GIF, Microsoft Word, PowerPoint, Excel, dan format fail lain kepada PDF. Anda juga boleh mnukar halaman Web HTML. Alat Acrobat Pro yang lain membenarkan anda mengedit PDF, mencantumkan PDF, memadamkan halaman PDF, mengurangkan saiz fail PDF. Anda juga boleh menambah tera air dan menggunakan fungsi OCR untuk mengedit dokumen yang diimbas.