Alat editor PDF percuma kami membolehkan anda menambah teks, anotasi dan lukisan pada dokumen apabila anda daftar masuk:
• Tambahkan kotak teks atau nota lekit di mana-mana dalam fail
• Serlahkan, coretkan atau gariskan kandungan
• Gunakan alat lukisan untuk melukis secara bebas apa sahaja yang anda mahukan
Jika anda memerlukan alat pengeditan PDF yang lebih lanjut, anda boleh mencuba Adobe Acrobat Pro secara percuma selama tujuh hari pada desktop, peranti mudah alih anda atau dalam talian. Dengan Acrobat Pro untuk Mac atau Windows, anda boleh:
• Edit teks PDF untuk membetulkan kesilapan menaip, menukar fon atau menambah kandungan baharu
• Gerakkan, putar, selak atau tambah imej (JPG, PNG dan banyak lagi)
• Tambahkan senarai bertitik atau bernombor
• Masukkan nombor halaman atau tera air
Percubaan percuma anda juga membolehkan anda mengedit teks dalam imbasan menggunakan fungsi pengecaman aksara optik (OCR), mencipta PDF daripada hampir sebarang format fail, mencipta borang PDF, menandatangani PDF dengan e-tandatangan, menyusun halaman PDF, mengurangkan saiz fail, melindungi PDF dengan kata laluan, mengedit kandungan PDF dan menukar PDF kepada dokumen Microsoft Excel, PowerPoint, dan Word menggunakan alat penukar PDF Acrobat.
Untuk menambah lukisan pada fail PDF, gunakan alat editor PDF dalam talian percuma Acrobat. Sebaik sahaja anda daftar masuk, anda boleh menggunakan alat lukisan untuk melukis secara bebas apa sahaja yang diingini, termasuk garisan, bentuk dan anak panah dalam warna pilihan anda.
Setelah anda mendaftar masuk dan menambahkan semua komen anda pada PDF, anda akan dapat memuat turun PDF beranotasi. Anda juga boleh berkongsi pautan ke fail dalam talian, berkongsi fail dengan berbilang penyemak untuk mengumpulkan semua maklum balas di satu tempat atau berkongsi PDF anda melalui e-mel.