Ekstrak halaman daripada fail PDF
Adakah anda memerlukan hanya beberapa halaman dalam dokumen PDF? Kini anda boleh mencipta PDF baharu bagi halaman terpilih dengan mudah daripada PDF asal anda menggunakan perkhidmatan dalam talian Adobe Acrobat.
Ikuti langkah mudah ini untuk mengetahui cara mengekstrak halaman daripada PDF:
Adakah anda memerlukan hanya beberapa halaman dalam dokumen PDF? Kini anda boleh mencipta PDF baharu bagi halaman terpilih dengan mudah daripada PDF asal anda menggunakan perkhidmatan dalam talian Adobe Acrobat.
Sebelum mengekstrak halaman tertentu, Adobe Acrobat DC membolehkan anda menyusun fail PDF asal anda. Alihkan, putar atau padam lakaran kenit halaman. Kemudian pilih halaman yang anda ingin ekstrak ke dalam PDF baharu.
Anda boleh mengekstrak halaman daripada satu PDF dengan maksimum 500 halaman dan saiz fail kurang hingga 100MB. Untuk mengurangkan saiz fail, anda boleh mencuba alat Acrobat Compress PDF.
Alat PDF dalam talian Acrobat berfungsi dalam mana-mana pelayar, jadi tiada perisian tambahan yang perlu anda pasang. Hanya buka alat halaman Ekstrak PDF dalam mana-mana pelayar seperti Microsoft Edge atau Google Chrome.
Adobe menghargai privasi anda dan membina langkah keselamatan dalam setiap PDF yang dicipta dengan Acrobat. Kami juga memadamkan fail anda daripada pelayan kami melainkan anda mendaftar masuk untuk menyimpannya ke akaun anda.
Adobelah mereka cipta format fail PDF, jadi anda boleh mempercayai bahawa alat dalam talian kami adalah berkualiti paling tinggi. Cuba alat ekstrak halaman kami untuk memperkemas aliran kerja anda dengan fail PDF baharu.
Tidak. Alat Ekstrak halaman PDF Acrobat mencipta PDF baharu dalam talian yang merangkumi hanya halaman yang diekstrak sambil mengekalkan fail PDF asal anda, menghasilkan dua fail berasingan.
Untuk akses kepada alat PDF yang lebih maju, anda boleh mencuba Adobe Acrobat Pro secara percuma selama tujuh hari pada sistem pengendalian Windows atau Mac. Percubaan Acrobat Pro memberi anda penggunaan tanpa had semua alat, membolehkan anda mengedit PDF, menggunakan bar alat anotasi, memisahkan PDF, menambah tanda halaman atau kandungan, menyisipkan nombor halaman dan menukar PDF kepada fail Microsoft Word, PowerPoint atau Excel. Tutorial mudah membolehkan anda bermula dengan pantas pada mana-mana peranti, termasuk telefon iPhone dan Android.