Tukar fail Excel kepada PDF dalam talian
Cipta fail PDF dengan mudah dengan perkhidmatan dalam talian Adobe Acrobat. Alat penukar Acrobat Excel kepada PDF membolehkan anda menukarkan hamparan Microsoft Excel menjadi dokumen PDF.
Ikuti langkah mudah ini untuk mengetahui cara menukar fail Excel kepada PDF dalam talian:
Cipta fail PDF dengan mudah dengan perkhidmatan dalam talian Adobe Acrobat. Alat penukar Acrobat Excel kepada PDF membolehkan anda menukarkan hamparan Microsoft Excel menjadi dokumen PDF.
Menukarkan lembaran kerja Excel kepada fail PDF baharu hanya mengambil masa beberapa saat. Hanya seret dan lepaskan buku kerja, atau muat naik dokumen Excel daripada folder anda yang telah disimpan.
Selepas mencipta fail PDF, kongsi fail untuk semakan dengan mendaftar masuk ke Acrobat. Semua orang boleh memberi komen dalam PDF yang sama dalam talian, dan anda boleh membalas komen dan @mention orang.
Adakah anda tahu anda boleh mengedit hamparan Microsoft Excel dalam talian secara percuma apabila anda mendaftar masuk ke Acrobat? Pilih buku kerja Excel, dan biarkan Acrobat membukanya dalam Microsoft Excel untuk web.
Privasi adalah amat penting kepada Adobe. Jika anda tidak mendaftar masuk ke Acrobat untuk menyimpan fail anda ke akaun dalam talian anda, fail itu akan dipadamkan daripada pelayan kami.
Adobe mereka cipta PDF, jadi mengapa tidak menggunakan alat PDF yang menerajui industri? Dengan alat dalam talian Excel kepada PDF kami, anda boleh menukar fail XLS dan XLSX kepada PDF dengan yakin.
Alat penukar Acrobat Excel kepada PDF membolehkan anda menukar fail Microsoft Excel sepenuhnya dalam talian, tanpa perlu memuat turun sebarang perisian ke peranti tempatan anda. Anda boleh menggunakan alat dalam talian dalam mana-mana pelayar web dan pada mana-mana sistem pengendalian, termasuk Mac, Windows dan Linux.
Jika anda memerlukan alat PDF dan tandatangan elektronik tambahan, anda boleh mencuba Adobe Acrobat Pro secara percuma selama tujuh hari untuk mengoptimumkan aliran kerja dokumen anda. Dengan percubaan Acrobat, anda boleh menggunakan alat editor PDF, memampatkan fail PDF, menganotasi fail, menambah pengepala dan pengaki, menggabungkan PDF dan mencetak ke PDF. Anda juga boleh menukar dokumen Microsoft Word, pembentangan PowerPoint dan lembaran kerja Excel atau menukar imej, termasuk fail JPG, PNG dan TIFF. Selain itu, fungsi OCR membolehkan anda menukar fail yang diimbas kepada teks boleh diedit, menjimatkan masa anda dengan menggunakan semula kandungan sedia ada.